KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU TINGKATAN 1
Definisi bater: Bater ialah campuran tepung dengan cecair seperti air, santan atau susu yang
diadun dan dipukul bersama sehingga sebati.
Tepung yang biasa digunakan untuk membuat bater ialah tepung gandum,
tepung beras, tepung ubi atau campuran tepung tersebut.
Bater boleh diperkayakan dengan telur dan susu dan mengandungi khasiat
karbohidrat dan lemak.
Jenis bater | Sukatan asas | Konsistensi |
Bater cair | 100 gm tepung gandum 125 ml cecair 1 biji telur | Berkrim dan cair |
Bater pekat | 100gm tepung gandum 250 ml cecair | Berkrim dan pekat |
Penyediaan bater:
- Bater yang baik bergentung kepada sukatan bater yang betul, keringanan bater dan penggunaan suhu yang betul semasa memasak bater
- Udara boleh dimasukkan ke dalam adunan bater dengan cara mengayak ramuan kering dan memukul adunan bater hingga berbuih
- Bater perlu direhatkan selama 30 minit untuk melembutkan kanji(gluten) supaya bater
senang dimasak.
- Pastikan makanan yang hendak disadur dengan bater kering bagi mengelakkan bater
menjadi cair
- Suhu semasa membakar dan menggoreng bater perlu betul supaya makanan tidak cepat
masak di bahagian luar tetapi bahagian dalam masih mentah.
Arahan: Jawab semua soalan dibawah.
1. Apakah kegunaan bater?
I. membuat kuih II. menyadur makanan
III. mengelakkan kehilangan khasiat makanan IV. mengawet makanan
A. I, II dan III B. I, III dan IV C. I, II dan IV D. II, III dan IV
2. Antara berikut, kuih-muih yang manakah dibuat daripada bater pekat?
A. kuih rengas B. kuih ketayap C. kuih lapis D. kuih kosui
3. Apakah ciri-ciri bater cair?
I. Berkrim dan cair II. Berkrim dan pekat
III. Digunakan untuk menyadur makanan
IV. Merebak menjadi nipis apabila dituangkan ke dalam kuali
A. I, II B. II, III C. 1, III D. I, IV
4. Antara sukatan asas bahan-bahan berikut, yang manakah dapat membezakan bater pekat dengan bater cair?
A. Tepung C. Telur
B. Cecair D. Garam
5. Kuih-muih berikut mengunakan bater pekat untuk menyadur kecuali
A. pisang goreng C. kuih rengas
B. udang goreng D. skon titis
6. Mengapakah bater yang siap disediakan perlu dibiarkan seketika sebelum memasaknya?
A. Untuk mendedahkan bater kepada udara supaya berkembang
B. Untuk melembutkan bijian kanji supaya cepat dimasak
C. Untuk mengelakkan adunan bater daripada bergentel
D. Untuk mengelakkan bater daripada terlalu pekat
7. Apakah tujuan utama menyadur makanan digoreng dengan bater?
A. Supaya makanan tahan lama
B. Memudahkan makanan dicerna
C. Mengekalkan nutrient
D. Supaya makanan cepat masak
8. Pilih susunan langkah yang betul untuk menyediakan bater.
I. Masukkan telur dan setengah daripada cecair
II. Ayak tepung bersama bahan kering
III. Kacau dan pukul adunan sehingga sebati
IV. Masukkan baki cecair
A. I, II, III, IV C. II, I, III, IV
B. II, III, I, IV D. II, III, IV, I
9. Mengapakah telur dicampurkan ke dalam adunan bater cair?
A. Untuk menaikkan bater
B. Untuk meringankan bater
C. Untuk menambahkan rasa bater
D. Untuk menambahkan khasiat bater
Lengkapkan carta di bawah dengan jawapan yang betul.
- Lengkapkan jadual berikut.
Bater cair | i) Kuih ketayap | ||
ii) Kuih lapis | |||
iii) Kuih lompang | |||
iv) Kuih kosui |
Bater pekat | i) Skon titis | ||
ii) Cucur bawang | |||
iii) Kuih rengas | |||
iv) Pisang Goreng |
- Jawab soalan berikut.
- Namakan dua jenis kuih yang diperbuat daripada bater yang menggunakan santan sebagai bahannya.
a) ___________________________ b) _____________________
- Berikan dua sebab bater dibiarkan selama setengah jam selepas disediakan.
a) _________________________________________
b) _________________________________________
- Berikan resipi asas untuk membuat bater cair
a) ________________ c) ___________________
b) ________________ d) ___________________
- Nyatakan dua kaedah memasak kuih-muih daripada bater.
a) _________________ b) ________________
- Tuliskan langkah-langkah membuat bater.
a) _________________________________
b) _________________________________
c) _________________________________
d) _________________________________
e) _________________________________
JAWAPAN
1. A 2 A 3 D 4 B 5 C
- B 7 C 8 C 9 D
Bahagian subjektif
A | Kaedah memasak | Bahan utama |
i | Menggoreng tohor | Tepung gandum, gula melaka dan kelapa muda |
ii | Mengukus | Tepung beras, gula pasir, santan dan pewarna merah |
iii | Mengukus | Tepung beras, kelapa parut, air dan gula |
iv | Mengukus | Tepung gandum/tepung beras, kacang hijau, kelapa parut dan gula |
Kaedah memasak | Bahan utama | |
i | Menggoreng tohor | Tepung gandum, susu,gula dan telur |
ii | Menggoreng dengan minyak banyak | Tepung gandum, udang, daun bawang, cili merah |
iii | Menggoreng dengan minyak banyak | Tepung beras, kacang hijau,kelapa parut dan gula |
iv | Menggoreng dengan minyak banyak | Tepung beras/gandum,pisang |
B.
1. a. kuih lapis b. kuih cara
2. a Membolehkan bijiran kanji menyerap cecair supaya bater menjadi lembut
b supaya bater lebih mudah dimasak
3. a 100 gm tepung gandum b. 250ml air c. 1 biji telur d. secubit garam
4. a. menggoreng tohor b. mengukus
5 a Ayak tepung dan bahan kering yang lain ke dalam mangkuk adunan
b Buat satu lubang di tengah tepung dab masukkan telur yang telah dipukul dan masukkan
sedikit demi sedikit air sambil mengacau
c Pukul adunan bater hingga sebati
d masukkan baki cecair dan gaul hingga bater tidak bergentel
e Pukul adunan bater dabn biarkan selama ½ jam


No comments:
Post a Comment