Saturday, 6 August 2011

PRINSIP MEMASAK

Memasak ialah mengenakan haba kepada makanan untuk mendatangkan perubahan fizikal dan kimia.

Mengapa Makanan Dimasak?
1.      Supaya selamat dimakan.
2.      Untuk melembutkan selulosa supaya mudah dicerna.
3.      Untuk membaiki rasa dan rupanya.
4.      Mengawetkan supaya boleh digunakan kemudian.
5.      Mempelbagaikan sajian.

Cara cara Memasak
 
HABA LEMBAP – menggunakan air/wap
HABA KERING
1.      Mengukus – Ikan kukus, kuih lapis
2.      Merebus – telur rebus, onde-onde
3.      Mencelur – Mee rebus
4.      Merenih –  Sup Ayam
5.      Merendidih- Rendang ayam
1.      Membakar – kek pisang
2.      Memanggang – sate ayam
3.      Menggril
4.      menggoreng

 Merebus
1.     Makanan dimasak di dalam air yang mendidih.                                                                                                                               
2.     Contoh masakan ialah telur rebus, bubur dan
3.     minuman panas
4.     Periuk ditutup rapat untuk mengurangkan penyejatan
dan kehilangan vitamin dan garam mineral.
5.     Pastikan cecair menutup makanan sepenuhnya


                                                                         
Menggoreng
1.      Makanan dimasak menggunakan minyak atau lemak yang sederhana panas dalam bekas yang sesuai.
2.   Terdapat tiga cara menggoreng iaitu menggoreng tohor, menggoreng tanpa minyak dan menggoreng minyak banyak.
3.   Guna kuali dan sudip yang kering.
4.      Guna minyak yang bersih
5.      Minyak hendaklah mencukupi.
6.        6.  Panaskan minyak ke suhu yang betul sebelum menggoreng.                          
7.            7.           Kawal api supaya minyak tidak terlalu panas dan berasap.
8.           8.   Pastikan makanan cukup kering sebelum digoreng.
9.           9.    Masukkan secukup makanan pada satu masa.
10.     10.         Longsorkan makanan itu ke dalam minyak panas.
11.  11.  Tuskan makanan selepas digoreng

Menggoreng tohor
1.    Menggoreng dalam minyak yang sedikit iaitu cukup untuk menutup dasar kuali.
2.    Contoh masakan ialah telur dadar; roti goreng bersalut telur, mi goreng dan nasi goreng.
Menggoreng minyak banyak
1.    Menggoreng dalam minyak yang cukup atau menutupi makanan yang digoreng.
2.    Contoh masakan ialah ayam goreng, keropok goreng dan kentang goreng.
Menggoreng tanpa minyak
1.      Makanan dimasak tanpa minyak tetapi dibalik-balikkan supaya tidak hangus.
2.      Contoh masakan ialah capati dan kerisik.

Membakar


                                                   


1.      Makanan dimasak di dalam ketuhar yang panas.                       
2.      Contoh masakan ialah kek, roti, biskut dan pai.
3.      Panaskan ketuhar 10 minit sebelum masak.                     
4.      Pastikan kedudukan tetingkat betul.
5.      Tutup pintu ketuhar dengan perlahan.
6.      Elakkan terlalu kerap membuka pintu ketuhar

Mengukus

  1.  Makanan dimasukkan dalam wap dari air mendidih.
  2. Contoh masakan ialah pulut, kuih koci, nasi ayam dan lain-lain.
  3. Guna pengukus yang bertutup rapat supaya wap tidak keluar.
  4. Didihkan air sebelum mengukus.
  5. Pastikan air sentiasa mendidih dan tambah dengan air mendidih sahaja jika perlu.
  6. Tutup makanan dengan kertas minyak untuk mengelakkan air wap menitis ke atas makanan     
     








       

       


Pilih  jawapan yang tepat bagi soalan-soalan dibawah

1 Sarapan pagi mesti mengenyangkan kerana
A   kita tidak perlu mengambil lain-lain makanan selepas itu.
B  ia membekalkan tubuh dengan tenaga.
C ia mudah dicerna.
D ia mudah dibuat.

2. Di antara berikut yang manakah tidak sesuai untuk hidangan sarapan pagi?
A Bubur caca dan kuih kosui.
B Roti goreng bersalut telur dan jem.
C Burger dan telur goreng.
D Minuman teh susu.

3. Alatan yang sesuai untuk merebus ialah
                  












 
4. Di antara berikut yang manakah di­masak dengan kaedah mengukus?
   A Lepat pisang                B. Lempeng       C.  Ondeh-ondeh               D. Karipap

5. Berapa minit ketuhar perlu dipanaskan sebelum boleh digunakan untuk membakar makanan?
    A 10 minit                                     C. 20 minit
    B  15 minit                                      D. 25 minit

6.  Mengapa makanan perlu dimasak terlebih dahulu?
       A Untuk membunuh protein.                           C. Untuk menaikkan bau
       

    B Untuk memastikan ia selamat dimakan.                    D.  Untuk menghanguskan makanan

7. . Di antara berikut yang manakah boleh digunakan sebagai hidangan protein untuk sarapan pagi?
I.  Telur
II. Susu
III Burger
IV Hirisan keju
A.  I, II dan III
B.  I, II dan IV
C.  I, III, dan IV
D.  I, II, III dan IV


Jawapan

1.    D
2.    D
3.    C
4.    A
5.    C
6.    B
7.    A

No comments:

Post a Comment